Monday, June 1, 2009

wut is luv...

Cinta,
apa itu cinta?
dia datang tanpa diundang,
tp kenapa ianya tidak boleh pergi dengan sendiri?

Cinta,
kenapa ia dinamakan cinta?
adakah kerana ianya melibatkan dua pihak?
ohhhh tidak, kerna ianya hanya akan
melibatkan lebih dari dua pihak...

Cinta,
kau datang dalam keadaan diam
tetapi kebiasaannya kau hilang dimakan usia
kenapa terjadinya begitu,
adakah memang menjadi lumrah alam ianya akan pudar dimamah usia

Cinta,
adakah cinta boleh diibaratkan seperti buah anggur?
kenapa anggur dipilih adalah kerana ianya mempunyai banyak biji
jadi cinta itu tidak lah tetap untuk seseorang sahaja
ia tetap akan busuk dan dibuang sebegitu sahaja.

Cinta,
ramai org beranggapan dengan cinta dapat merubah segalanya
walhal ianya tidak seperti yang diharapkan
kerana, cinta akan dapat dibeli dengan wang ringgit
jadi cinta juga tidak dapat digambarkan melalui perbuatan mahupun kata2.

Cinta,
cinta yang diguna pakai zaman ini amatlah berbeza
mungkin dengan mengatakan aku cinta padamu telah menunjukkan cinta
ataupn dengan bermalam bersama, itu dikatakan cinta?
ianya lebih menunjukkan sifat kenafsuan semata-mata.

Cinta,
adakah ia perlu dalam hidup?
ramai orang menderita kerananya,
bahkan sengsara kerana telah terpedaya oleh cinta
cinta kan yang MAHA ESA adalah cinta yang sejati.

Insyallah.

No comments:

Post a Comment